Tampilkan postingan dengan label Putra Tempatan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Putra Tempatan. Tampilkan semua postingan
Raja Haji Fisabilillah Bapak Kemerdekaan Tanah Melayu
Sabtu, 05 Juli 2008
Riau yang dulunya sebuah daulah yang dikenali sebagai Johor-Riau dan mempunyai perkaitan yang rapat dengan Tanah Melayu dan Singapura, menjadi terpinggir daripada sejarah Tanah Melayu setelah ianya diserapkan kedalam Indonesia. Dan dengan secara otomatis sejarah Riau menjadi sejarah Indonesia. Meminggirkan sejarah adalah sikap kita sendiri disebabkan tidak mau meletakkan keutamaan kepada apa-apa yang telah menjadi milik sejarah negara-negara lain.
Padahal sejarah Riau adalah juga sejarah kita. Pahlawan-pahlawan Riau adalah juga pahlawan kita.
Setelah kejatuhan Melaka, dan seterusnya kerajaan Johor-Melaka, kesultanan Melayu bangun kembali dengan didaulatkan oleh king makers lima bersaudara berketurunan Bugis, daripada keluarga Daing Rilaka yang berasal dari keturunan raja Luwok dari tanah Bugis, yang menetap di Kelang. Mereka adalah terdiri dari Daing Perani, Daing Menambun, Daing Merewah, Daing Chelak dan Daing Kemasi. Mereka bersaudara inilah pendiri dan pembekal modal insan untuk institusi raja-raja terutamanya di Johor-Riau, Pahang, Terengganu, Selangor, dan Perak.
Kesultanan Johor-Riau yang terbentuk pada 1722 dilantik oleh mereka, dan begitu juga kesultanan Terengganu melalui perlantikkan Sultan Zainal Abidin I, pemula silsilah Yang di-Pertuan Agung pada hari ini, pada 1725. Kesultanan Selangor yang bergalurkan dari Raja Lumu (1742 - 1778) adalah juga dari istana Bugis.
Ada yang berpendapat bahawa keluarga Daing Rilaka atau dikenali sebagai Opu Tenriburong, adalah lanun laut (pirates) dari Bugis. Ini adalah sebagai satu helah untuk memperlekehkan institusi raja-raja Tanah Melayu. Memang banyak sekali peperangan yang dipelopori mereka, tetapi itu adalah untuk menentang penjajahan Portugis dan Belanda di tanah Melayu pada waktu itu. Pengelibatan mereka semata-mata kerana ingin membebaskan negeri-negeri Islam dari penjajahan, dan secara kebetulannya pula raja-raja yang dalam negeri yang berkait adalah dari kaum kerabat mereka. Peperangan-peperangan itulah sebenarnya permulaan perjuangan untuk kemerdekaan tanah air.
Kenapa pengiktirafan untuk pelopor-pelopor kemerdekaan tidak diberi kepada kesemua yang terlibat dalam perjuangan berdarah semenjak dua ratus tahun sebelumnya? Bukankah mereka sebenarnya bapa-bapa kemerdekaan Tanah Melayu yang sohih?
Tidak mencukupi dengan penguasaan Melaka, penjajah Belanda turun pula ke Selatan, ke Riau, untuk menghancurkan kerajaan Riau yang ketika itu menjadi pusat dagangan baru di rantau Tanah Melayu. Akhirnya Riau bertindak balas dan bermulalah peperangan antara Riau dan Belanda. Selepas menenggelamkan kapal perang Belanda, Welvaren, Raja Haji sebagai Yamtuan Muda ke-IV Riau, telah mengusir Belanda dari pelabuhan Riau dan mengejar mereka hingga ke Melaka.
Entah apalah tebiat Sultan Mansur* (Tun Dalam), Sultan yang memerintah Terengganu pada tahun 1733 – 1793, sewaktu Raja Haji menyerang Belanda di Melaka pada tahun 1784, baginda Sultan telah bersubahat dengan Raja Muhammad Ali putera Raja Alam di Siak, untuk membantu Belanda dalam peperangannya dengan pihak Raja Haji.
Setelah selama 6 bulan Melaka dikepung oleh tentera-tentera Islam, ternyata pertahanan Belanda lebih kuat dan akhirnya tentera Islam tewas dengan terkorbannya Raja Haji di Teluk Ketapang.
Diceritakan pada saat beliau mangkat, pada tangan kanannya memegang pedang perangnya dan pada tangan kirinya memegang kejap kitab Dalaail Khairat, himpunan solawat karangan Sheikh Al Jazuli yang mashyur.
Wafatnya adalah pada hari Rabu di Teluk Ketapang, Melaka, pada 19 Rejab 1198 H/8 Jun 1784 M. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un. Raja Haji bin Upu Daeng Celak adalah adik kepada Raja Lumu, Raja Selangor yang merupakan nenek moyang kepada kesultanan Selangor pada ketika ini.
Mengikut kajian Almarhum Wan Mohd Saghir, dalam Tuhfat an-Nafis meriwayatkan kejadian aneh terhadap jenazah Raja Haji setelah mangkat dalam keadaan syahid fisabilillah seperti berikut:
“Syahdan adalah aku dapat khabar daripada itu daripada orang tua-tua yang mutawatir, adalah sebelum lagi ditanamnya mayat Yang Dipertuan Muda Raja Haji, al-Marhum itu, maka ditaruhnya di dalam peti hendak dibawanya ke Betawi, sudah sedia kapal akan membawa jenazah al-Marhum itu. Maka menantikan keesokan harinya sahaja, maka pada malam itu keluar memancar ke atas seperti api daripada peti jenazah al-Marhum Raja Haji itu. Maka gaduhlah orang Melaka itu melihatkan hal yang demikian itu. Di dalam tengah bergaduh itu kapal yang akan membawa jenazah al-Marhum itu pun meletup, terbakar, terbang ke udara segala isinya serta orang-orangnya. Seorang pun tiada yang lepas.
Syahdan kata qaul yang mutawatir, tiadalah jadi dibawa jenazah al-Marhum itu pindah ke negeri yang lain. Maka ditanamkan jua di Melaka itu, hingga datang diambil dari negeri Riau adanya. Dan kata setengah qaul yang mutawatir sebab itulah digelar oleh Holanda yang dahulu-dahulu dengan nama Raja Api adanya....” (Tuhfat an-Nafis, Naskhah Terengganu, hlm. 151)
Begitulah pada bulan Rejab ini 223 tahun yang lampau, wafatnya Raja Haji yang diiktiraf oleh Kerajaan Indonesia sebagai Raja Haji Fisabilillah dalam peperangan untuk memerdekakan Tanah Melayu dari penjajahan Belanda.
(Pekanbaru, El-Qi.Net, 05 Juli 2008 23:10 WIB)
(Pekanbaru, El-Qi.Net, 05 Juli 2008 23:10 WIB)
Tuanku Tambusai Pejuang Melayu Riau
Bermacam-macam ramalan sewaktu anaknya yang dinamakan Muhammad Shalih dilahirkan kerana pada waktu itu terjadi hujan ribut disambut kilat, guruh-petir sabung-menyabung. Tetapi kerana Imam Maulana Qadhi seorang alim yang terpelajar, yang faham akidah Islam beliau tolak sekalian ramalan yang bercorak khurafat secara bijaksana.
Bayi tersebut dipersembahkan kepada Duli Yang Dipertuan Besar Raja, Permaisuri Duli Yang Dipertuan Besar Raja berkata, “Kita doakan apabila dia alim nanti menjadi suluh dalam negeri. Kalau dia seorang berani menjadi pahlawan. Sekiranya dia kaya menjadi penutup malu. Sekiranya dia menjadi cerdik bijaksana adalah penyambung lidah untuk kebenaran dan keadilan." (Rokan Tuanku Tambusai Berjuang, H. Mahidin Said, cetakan kedua, hlm. 30).
Oleh sebab ayahnya seorang Imam Tambusai dan seorang alim sudah pasti Muhammad Shalih mendapat pendidikan awal dan asas daripada ayahnya sendiri. Sungguhpun ketika Muhammad Shalih meningkat dewasa beliau dihantar ke Rao yang lokasinya berdekatan dengan Tambusai. Setelah mendapat pendidikan Islam di Rao dan Bonjol beliau lebih dikenali dengan nama “Faqih Shalih”.
Menurut tradisi di daerah, apabila seseorang itu menguasai ilmu fikah maka dia digelar dengan “Faqih”. Ini bererti Muhammad Shalih sejak muda lagi telah diakui oleh masyarakat sebagai seorang yang alim dalam bidang ilmu fikah. Sudah menjadi lumrah dalam dunia dari dulu hingga kini ada saja raja atau umara (pemerintah) yang sepakat dengan ulama. Yang inilah yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Ada pula antara umara yang tidak sepakat dengan ulama. Ulama yang masih muda bernama Faqih Shalih yang tersebut diriwayat memang bertentang dengan raja yang memerintah ketika itu.
Walau bagaimanapun Faqih Shalih meminta nasihat kepada dua orang ulama. Yang pertama ialah Tuanku Imam Bonjol (nama yang sebenarnya ialah Peto Syarif). Yang kedua ialah Tuanku Rao (nama yang sebenarnya dipertikai pendapat). Kedua-duanya menasihatkan supaya Faqih Shalih pergi haji ke Mekah. Sewaktu di Mekah, Faqih Shalih sempat memdalami ilmu di sana. Di antara ulama yang sedaerah dengannya (yang saya maksudkan berasal dari persekitaran Minangkabau, Tapanuli dan Riau) di antaranya ialah Syeikh Ismail bin Abdullah al-Khalidi an-Naqsyabandi dan lain-lain.
Beliau ini termasuk murid Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Dipercayai Faqih Shalih selama berada di Mekah sempat belajar kepada ulama yang berasal dari Patani itu.
Dalam zaman yang sama ada Muhammad Shalih bin Muhammad Murid Rawa dan ada pula Faqih Shalih sedang Tuanku Rao tidak diketahui nama sebenarnya. Ada pendapat bahawa Tuanku Rao seorang guru pada Faqih Shalih. Ada kemungkinan Tuanku Rao adalah orang tua (ayah Faqih Shalih).
Setelah kembali dari Mekah, Faqih Shalih lebih dikenali "Haji Muhammad Shalih". Dan selanjutnya dalam Perang Imam Bonjol atau Perang Paderi, beliau lebih dikenali sebagai "Tuanku Tambusai" selanjutnya digunakan nama ini.
Sudah menjadi sejarah perkembangan dunia bahawa sama ada disukai atau pun tidak, peperangan bila-bila masa boleh terjadi. Agama Islam bukanlah agama yang menganjurkan peperangan tetapi jika ada usaha-usaha agama selainnya menodai Islam maka konsep jihad memang sudah menjiwai hampir seluruh individu Muslim. Hal ini adalah hampir sama dengan jiwa kebangsaan individu sesuatu negara atau sesuatu bangsa bahawa hampir setiap individu dalam sesuatu negara adalah tidak suka negaranya dijajah.
Memperjuangkan sesuatu negara atau bangsa telah menjiwai setiap penduduk dunia sama ada yang beragama Islam dan agama-agama lainnya termasuk orang yang tidak beragama sekalipun. Oleh sebab Belanda telah menjajah Minangkabau, Sumatera Barat, maka adalah wajar rakyat bertindak melawan penjajah itu apatah lagi yang datang menjajah itu tidak seagama pula.
Tuanku Tambusai dan kawan-kawan bersamanya bergabung dalam satu wadah yang dinamakan "Kaum Paderi" yang dipimpin oleh Peto Syarif yang kemudian terkenal dengan sebutan Tuanku Imam Bonjol. "Tuanku Imam Bonjol, Tuanku Rao dan Tuanku Tambusai bekerjasama dalam perjuangan tetapi tidak bererti yang satu membawahi yang lain kerana mereka merupakan tokoh-tokoh yang otonom." (Menurut buku, 101 Pahlawan Nasional, Departemen Sosial Republik Indonesia hlm. 517).
Kemunculan Tuanku Tambusai dengan pasukannya di bahagian utara terutama sekitar daerah Hulu Sungai Rokan menyebabkan Tuanku Imam Bonjol dapat bertahan dari serangan Belanda lebih lama kerana pasukan Tuanku Imam Bonjol posisinya di bahagian tengah. Taktik dan strategi perang diatur dua bahagian oleh Tuanku Rao dan Tuanku Tambusai. Tuanku Rao melalui Padangsidempana dan Tuanku Tambusai melalui Padanglawas, Gunung Tua, Bilah Panai berhimpun di Sipiruk. Pada mulanya Belanda telah menguasai Bonjol pada bulan September 1832 akhirnya terpaksa keluar pada Januari 1833 akibat serangan Kaum Paderi yang diperanani oleh Tuanku Tambusai.
Dalam perang melawan penjajah Belanda itu di antara jasa besar Tuanku Tambusai, beliau dapat menyatupadukan tiga etnik iaitu Minangkabau/Rao, Melayu dan Mandailing. Bahawa mereka bersatu tekad dan semangat bumi pusaka bukan milik bangsa penjajah. Bumi ini adalah kepunyaan bangsa kita yang beragama Islam.
Membela agama Islam dan tanahair adalah wajib. Menang dalam peperangan bererti mencapai kemerdekaan. Jika mati dalam perjuangan adalah mati syahid. Menang bererti beruntung. Jika mati pun beruntung juga. Orang yang tidak mengenal bangsa, tanahair dan Islam agamanya, yang tiada perjuangan itulah yang sebenar-benar rugi pada hakikatnya.
Apabila kita menoleh zaman lampau etnik yang tersebut mendiami daerah yang sangat luas, yang pada masa ini terbahagi dalam tiga daerah iaitu; daerah Sumatera Barat majoriti penduduknya ialah Minangkabau, daerah Riau Daratan majoriti penduduknya ialah Melayu dan daerah Sumatera Utara majoriti penduduknya ialah Batak dan yang beragama Islam mempunyai nama tersendiri iaitu Mandailing.
Daripada rakaman ini kita dapat membayangkan bahawa Tuanku Tambusai mempunyai kehebatan atau kekuatan yang tersendiri sehingga beliau dapat menyatupadukan etnik dalam bumi yang demikian luas itu. Setelah banyak mengapai kemenangan dan keberhasilan perjuangan, Tuanku Tambusai menjadikan pusat perjuangan, pentadbiran dan pertahanan di Dalu-Dalu (sekarang dalam daerah Riau Daratan).
Sampai tahun 1838 Tuanku Tambusai masih tetap bertahan sehingga Belanda tidak dapat masuk ke Inderagiri Hulu (Riau Daratan). Tuanku Tambusai adalah seorang ulama dan pahlawan yang berpendirian keras tidak mahu berunding dengan pihak penjajah Belanda. Beliau faham benar bahawa berunding dengan pihak penjajah Belanda bererti menyerah diri atau terperangkap dengan umpan lazat yang disediakan pemburu.
Sudah banyak contoh yang beliau bandingkan seumpama Tuanku Imam Bonjol sendiri terkorban bukan sebagai syahid di medan peperangan tetapi adalah tertipu kelicikan pihak penjajah Belanda. Tuanku Tambusai berpendirian terus berjuang sekiranya tidak berhasil hijrah ke Negeri Sembilan beliau memilih jalan terakhir iaitu mati sebagi syahid lebih utama daripada berunding apatah lagi menyerah kepada pihak musuh.
Pendirian keras Tuanku Tambusai seperti tersebut itu ada orang yang tidak menyetujui dan ramai pula yang menyetujuinya. Jika kita teliti sejarah perjuangan kemerdekaan Indonesia secara keseluruhan pendirian Tuanku Tambusai itu ada benarnya. Kerana hampir semua pemimpin yang mahu berunding dengan penjajah Belanda adalah merugikan pemimpin pejuang. Yang untung adalah pihak Belanda sendiri.
Semua pemimpin yang menerima perundingan ditangkap akhirnya dibuang keluar dari negeri asalnya. Peristiwa Tuanku Tambusai dapat kita bandingkan dengan peristiwa dunia antarabangsa sekarang ini, ada negara yang tidak menerima perundingan dengan Amerika seperti Iran tentang isu nuklIr. Ada negara menerima perundingan tetapi tidak mudah menerima tipu helah Amerika seperti Korea Utara. Iraq akhirnya menerima perundingan. semua itu hanyalah merugikan Iraq sendiri menjadi negara yang dijajah oleh Amerika dan sekutu-sekutunya.
Pengorbanan tenaga, harta dan pemikiran Tuanku Tambusai adalah besar, kecuali jiwa dan raganya saja dapat berhijrah ke Negeri Sembilan. Peristiwa beliau hampir serupa dengan gurunya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam perang Patani melawan pencerobohan Siam bahawa beliau hijrah ke Pulau Duyung Kecil, Terengganu. Hijrah seseorang tokoh atau ulama bukan bererti lari tetapi bertujuan menyusun taktik dan strategi untuk mencapai kemenangan yang diredai Allah di dunia dan akhirat. Dengan tidak menafikan perjuangan Tuanku Tambusai beliau telah diberi gelaran, ‘Pahlawan Nasional Republik Indonesia’ dengan SK. No. 071/TK/Tahun 1995, Tanggal 7 Agustus1995.
(Pekanbaru, El-Qi.Net, 05 Juli 2008 22:55 WIB)
Perjuangan Tengku Sulung
Tengku Sulung diperkirakan lahir di Lingga, Kepulauan Riau. Sejak Kecil, Sulung dididik dengan ajaran Islam yang ketat. Pemahamannya tentang Agama Islam membuatnya tidak suka dengan Belanda. Bahkan Dia tidak mau bekerjasama dengan Belanda dalam bentuk apapun.
Pada masa ramaja, Tengku Sulung pernah pergi ke Kalimantan dan dilatih mengarungi laut. Bahkan di Kruang Kalimantan, dia pernah tertembak sehingga mengenai bagian mukannya yang membekas sampai masa tuanya. Tengku Sulung bersama seorang sahabatnya, Encik Montel menjadi pemimpin bajak laut yang tersohor dan menetap di Kalimantan. Setelah tertangkap dan kemudian diberikan pengampunan oleh Komisaris Du Bus De Giusignies Tengku Sulung diperkenankan tinggal di sepanjang Sungai Reteh dengan syarat yang diajukan bahwa ia harus melepaskan pekerjaan membajak. Hal ini memang ditaatinya sungguh-sungguh.
Tengku Sulung memperoleh kedudukan sebagai Panglima Besar Reteh setelah Sultan Muhammad, Sultan Lingga yang berkuasa di Reteh. Waktu itu Sulung tidak mau tunduk pada Sultan Sulaiman yang diangkat oleh Belanda untuk kawasan yang sama, menggantikan Sultan Mahammad. Semula Tengku berkedudukan di Kotabaru Hulu Pulau Kijang sekitar 16 mil dari Pulau Kijang. Di Desa ini Tengku Sulung membangun Benteng yang kelak ditandai dengan adanya Desa Benteng di Hulu Sungai Batang. Benteng ini dibangun di kawasan seluas 2 hektar. Sekitar 3 Km dari benteng ini terdapat rumah Tengku Sulung berupa benteng kecil yang ditumbuhi pohon dedap. Dibenteng itulah pertahanan Tengku Sulung dan pasukannya dalam melawan Belanda yang datang dari pusat keresidenan di Tanjung Pinang. Tengku Sulung sangat didukung oleh pasukannya baik yang berdiam di Hilir maupun di Hulu Kotabaru.
Akibat tindakannya yang sering mengganggu pelayaran Belanda di sekitar perairan Kepulauan Riau membuat pihak Belanda menjadi marah dan pada tanggal 13 Oktober 1858, pasukan Tengku Sulung dikepung oleh Belanda dari berbagai jurusan. Namun Tengku Sulung masih mendapat bantuan dari orang-orang Melayu asli Reteh, Enok dan Mandah. Bahkan Pasukan dari Indragiri secara menyamar membantu perjuangan Tengku Sulung.
Perjuangan Tengku Sulung dan Pasukannya terhenti setelah Belanda membawa Haji Muhammad Thaha, juru tulis Tengku Sulung yang sebelumnya tertangkap oleh Belanda di Kotabaru. Waktu itu, Tengku Sulung di ultimatum oleh Residen Belanda supaya menyerah kepada Komandan Ekspedisi. Namun Tengku Sulung masih memberikan perlawanan, karena kekuatan Tengku Sulung yang tidak berimbang dibanding Pasukan Belanda, akibatnya penyerangan Belanda pada tanggal 7 November 1858 banyak menewaskan rakyat Reteh dan Tengku Sulung sendiri juga ikut tertembak di bagian leher oleh pasukan Belanda pada saat sedang memeriksa tembok benteng.
Sebenarnya peralawanan tengku sulung terhadap belanda adalah akibat campur tangan belanda yang sangat merugikan dan menyengsarakan rakyat, demikianlah yang terjadi di kesultanan Indragiri dan kesultanan melayu lingga riau. Akibat dominasi politik dan eksploitasi ekonomi yang dilakukan colonial belanda maka mertabat dan kehormatan sultan dimata rakyat terkoyak-koyak oleh belanda, oleh sebab itulah perlawanan di idragiri hilir melawan belanda ada yang dipimpin lansung oleh sultan para panglima perang mendapat dukungan rakyat, akibat rasa tidak puas dan kebenciannya pada penjajah Belanda. Setiap perlawanan itu mempunyai sebab dan alasan (kausalitas) yangsama yaitu untuk mengusir penjajahan belanda sebagai manifestasi kesadaran nasional sepeti alnya perjuan yang di pimpin oleh Panglima Besar Tengku Sulung.
Perbutan kepentngan antar belanda dan clan ingris di imperium melayu telah menyebabkan kebesaran imperium melayuperlahan-lahan mulai sirna. Belanda yan telah mampu mengikat imperium melayu dengan suatu perjanjian setelah perang riau pada tahun 1784, terus berusaha untuk campur tangan dalam system pemerintahan imperum Melayu.
Perjanjian yang dibuat oleh belanda dan Inggris, dikenal dengan Traktat London1824 menyebabkan pecahnya kemaharajaan melayu riau menjadi dua bagian, riau lingga merupakan bagian daari jajahan belandan dan johor pahang menjadi jajahan inggris.
Belanda yang telah merasa mempunyai kekuasaan di riau lingga mengadakan perjanjian baru pada tahun 1830 yang menetapkan belanda sebagai pemegang kekuasaan tertinggi dan ditempatkan seorang residen di riau lingga beekedudukan di Tanjung Pinang, semua tindakan sultan dan yang dipertuan muda harus mendapat persetujuan residen.
Dan belanda mengadakan perjanjian lagi pada tanggal 11 juni 1837 isinya tentang tindakan untuk menjaga keamanan pelayaran dilautan dan disungai-sungai di Riau antaa belanda dan Inggris, ditetapkan pula perjanjian yaitu untuk memberantas bajak laut di perairan Riau, pemerintah inggris dan belanda kapan perlu bertindak sendiri-diri tampa memberitahu kepada sultan. Selain itu sultan harus menghukum rakyat yang melakukan pembajakan itu (Dra. Maliha Aziz dan Asril Spd:128)
(Pekanbaru, El-Qi.Net, 05 Juli 2008 22:40 WIB)
Langganan:
Postingan (Atom)